|
FAROUK MN AUTO
Ditubuhkan pada 30 Mei 2003,Farouk Mn Sdn Bhd
adalah sebuah syarikat hak milik penuh bumiputera dalam menjalankan sistem
keselamatan kenderaan yang pada awalnya beroperasi dari pintu ke pintu
Sebagai sebuah yang syarikat ditubuhkan bukan
sekadar untuk mengaut keuntungan, kami di Farouk Mn Sdn Bhd menyediakan
kemudahan Bayaran Ansuran Bulanan bagi pelanggan-pelanggan yang kurang berkemampuan.
Pelanggan boleh menggunakan dahulu sistem yang dipasang pada kenderaan
mereka dan membayar secara ansuran bulanan. Bayaran boleh dibuat melalui
bank-bank yang terpilih mengikut kesesuaian pelanggan atau pembayaran
secara kutipan dari rumah/pejabat. Dengan cara ini pelanggan akan lebih
yakin untuk menggunakan sistem dari syarikat kami.
Kini syarikat telah melangkah setapak lagi
dalam usahanya untuk memasarkan sistem keselamatan kenderaan ini melalui
internet dengan mencipta laman webnya sendiri. Bilangan pelanggan juga
semakin bertambah dengan adanya ejen-ejen dan pengedar diseluruh negara.

Para pelanggan kami adalah terdiri dari
pelbagai latarbelakang kerjaya seperti kakitangan kerajaan dan badan
berkanun, usahawan dan peniaga-peniaga, sektor industri dan perkhidmatan,
golongan berpencen dan pelajar institusi pengajian tinggi. Dengan barangan
yang berkualiti dan harga yang berpatutan, sistem ini mampu dimiliki oleh
semua golongan.

Latar Belakang
- Hak milik melayu 100%
- 5 Tahun pengalaman dalam sistem
keselamatan kereta
- Pengedar terus dari kilang untuk sistem
Immobilizer
- Perkhidmatan ke pintu disediakan
Visi
Untuk menjadi sebuah syarikat Bumiputera
yang memasarkan sistem keselamatan kenderaan yang terulung di Malaysia
sekaligus mengurangkan kadar kecurian yang berleluasa pada hari ini.
Misi
Dalam usaha untuk mengembangkan sayap
perniagaan ke serata Malaysia, memasarkan produk yang berkualiti dan
diyakini oleh pengguna.

Komitmen Kami Untuk Mencapai
Dalam kepesatan dunia perniagaan yang
melahirkan banyak persaingan, kami di Farouk Mn Sdn Bhd berusaha untuk
menempatkan syarikat kami setanding dengan syarikat-syarikat gergasi lain
yang menjalankan perniagaan sistem keselamatan kenderaan ini. Kami sentiasa
berusaha memperbaiki setiap kelemahan dalam pengurusan dan operasi syarikat.
Setiap produk yang dikeluarkan perlu mematuhi
standard pengeluaran dan kualiti yang telah ditetapkan. Kami juga
memberikan latihan pada para pekerja bagi memastikan operasi syarikat
berjalan dengan baik dan licin.
Setiap pekerja dilatih untuk memberi
perkhidmatan yang terbaik bagi setiap pelanggan. Pihak syarikat sedang
berusaha untuk meningkatkan lagi produktiviti bagi memastikan perkhidmatan
kami memenuhi kehendak pelanggan. Pihak syarikat juga berharap dapat
meluaskan sayap perniagaan ke tahap yang lebih tinggi dan memberi
persaingan terhadap bangsa asing yang lazimnya memonopoli bidang perniagaan
sistem keselamatan kenderaan ini.
Lokasi Syarikat
Terletak lebih kurang 2 kilometer dari
bandar Kajang, pejabat urusan bertentangan dengan
Sekolah Menengah Teknik Kajang

- Farouk MN Auto
- No 9, Tingkat 2 Jalan Damai Mewah 1
Taman Damai Mewah, Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor
- Tel: 03-87372539 Faks:
03-87339504
- H/P: 012-2080515/ 016-2002445
Peta Lokasi

|